Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini . Jadikan Ramadhan anda lebih mudah, cepat, lazat dan menyelerakan dengan menggunakan Perencah Serbaguna D'yus . Pelbagai resepi telah kami sediakan . Untuk dapatkan Perencah Serbaguna sila hubungi kami ditalian 019-5214506/017-5272917/0149429012.

03 July 2015

Ikan Siakap Tiga Rasa

Assalamualaikum ? ^^

haa terliur takk tengok ikan siakap tiga rasa tuu ?
kalau terliur tak payah kalut kalut pii cari dikedai , kita boleh buat sendiri dengan syarat Perencah Serbaguna D'yus jangan lupa letak okayy ?? Baru sedapp !! ;D

Maii nak tunjuk cara-cara nak buat ikan siakap tiga rasa nii dengan menggunakan Perencah Serbaguna D'yus nii ^^


Bahan-bahannya :
Ikan siakap / Senangin / Bawal atau apa jua kesukaan anda
Basuh ikan dan belakang
Lumurkan lada sulah, lumur telur (kacau dahulu)
Lumur dengan tepung jagung yang dibancuh dengan air
Goreng sehingga kekuningan kemudian angkat dan toskan


Cara membuatnya :
Panaskan kuali dan masukkan 2 senduk stok ayam (dari sup ayam), 3 sudu besar sos cili, 3 sudu PERENCAH SERBAGUNA D'YUS, 4 sudu makan cuka, 4 sudu makan gula. 1 1/2 sudu teh garam. Kemudian masukkan sayur tomato, bawang besar, lobak merah, timun, nanas dan cili banggala (potong semua mengikut saiz kiub), Akhir sekali masukkan 2 sudu teh tepung jagung dan sedikit air.

Setelah kuah masak boleh lah dituang keatas ikan Siakap tadi . Hiaslah mengikut citarasa anda.


Mudah kan ? Suami pon makin sayang kalau hari hari dapat makan masakan dari air tangan isterinya sendiri ^^



Selamat Mencuba !!

No comments:

Post a Comment