Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini . Jadikan Ramadhan anda lebih mudah, cepat, lazat dan menyelerakan dengan menggunakan Perencah Serbaguna D'yus . Pelbagai resepi telah kami sediakan . Untuk dapatkan Perencah Serbaguna sila hubungi kami ditalian 019-5214506/017-5272917/0149429012.

26 June 2015

Ayam Masak Tandoori



Bahannya :-

Seekor ayam – dipotong 4/8
100 gm sambal perencah serbaguna
20 gm serbuk lada putih
20 gm serbuk jintan putih
20 gm serbuk lada manis
1.5 inci halia – ditumbuk/dikisar
Sedikit serbuk kunyit, digaul bersama ayam
Sedikit garam, digaul bersama ayam


Caranya :
Basuh ayam, toskan. Masukkan kunyit dan garam serta halia yang dikisar dengan perencah serbaguna. Biarkan 15 minit agar sebati. Selepas itu bolehlah dipanggang/dibakar diatas api. Untuk lebih sedap bolehlah dibalut dengan daun kunyit/daun pisang.






Selamat Mencuba !

Rendang Daging/Ayam/Kerang


Bahannya :-

500 gm daging – direbus & dipotong

2 labu bawang besar

2 cm halia

4 batang serai

2 sudu ketumbar

1 sudu besar jintan manis

4.5 sudu jintan putih

1 sudu teh kunyit

¼ cawan gula Melaka

3 cawan santan pekat

200 gm perencah serbaguna



Caranya :

Kisar halur bawang besar, halia, serai, ketumbar, jintan manis & jintan putih. Masukkan daging ke dalam bahan-bahan yang dikisar bersama perencah serbaguna biar sebati. Bila sebati tumis dalam kuali yang dipanaskan sehingga empuk serbaguna. Masukkan santan dan gula merah, biarkan mendidih. Bila masak bolehlah dihidangkan.



Selamat Mencuba !

Char Koay Teow


Bancuh sambal bersama air (1 sambal x 1 air). Bancuh kicap lemak masin (1 kicap x 6 air). Goreng udang dan kerang dahulu dan masukkan 1 senduk sambal yang telah yang telah dibancuh tadi diikuti koay teow, taugeh dan kucai. Kemudian masukkan 2 senduk kicap dan sebiji telur. Kacau sehingga telur masak sebati dengan kuah.


Selamat Mencuba !

24 June 2015

Perencah Serbaguna D'yus

Sambal ini telah diadun untuk membantu kerja memasak menjadi lebih cepat, mudah dan lazat. Perencah ini dikeluarkan oleh syarikat Bumiputera, pastinya bersih dan halal. Perencah serbaguna ini boleh digunakan untuk membuat tomyam, asam pedas, kuah laksa, menggoreng sayur, ikan/ayam bakar, mee kuah, kicap pedas, ayam masak merah dan lain-lain masakan kegemaran.